Pengetahuan Asas

Pengetahuan Asas Beli Rumah (Dipetik daripada Harian Metro)

Sebelum membeli rumah, kita perlu mengetahui beberapa perkara asas termasuk jenis rumah, kemampuan kewangan dan urusan jual beli.

5 perkara asas  yang perlu diberi perhatian adalah :

Jenis Rumah yang hendak dibeli :
Jenis bertanah - rumah teres, banglo, rumah berkembar
Jenis bertingkat - kondominium dan pangsapuri
Kriteria jenis rumah perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan aspek lain seperti insurans, keselamatan, cukai tanah dan jenis perkhidmatan dan penyelenggaraan yang akan disediakan.
Bagi apartment dan kondominium, kita perlu tahu pihak bertanggungjawab menyelenggara bangunan seperti tangki air, lif dan kolam renang. Paling penting sanggup membayar khidmat penyelenggaraan  serta berkongsi kemudahan disediakan dengan penghuni lain.

Mengukur keupayaan kewangan.
Ambil kira pendapatan bersih selepas ditolak bayaran berkaitan bil sampingan. 
Apa yang menjadi masalah biasanya ialah bakal pembeli enggan mendedahkan sumber kewangan sebenar mereka ketika berurusan dengan bank mengakibatkan mereka menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dan ada yang hilang wang pendahuluan 10 peratus mereka.

Pembeli perlu tahu dirinya sendiri - sama ada pembeli berisiko tinggi, sederhana atau rendah.
Pembelian rumah adalah seperti pelaburan dalam pasaran saham.
Bakal pembeli pelabur berisiko tinggi - layak untuk beli rumah yang belum dibina atau dalam pembinaan kerana risiko projek terbengkalai.
Pembeli enggan mengambil risiko - beralih kepada rumah hampir siap atau sudah siap dengan CFO, tidak dikawal oleh Kementerian dan tertakluk kepada nilai pasaran hartanah semasa.

Jenis pelaburan yang ingin dibuat.
Sama ada jangka panjang atau jangka pendek melalui pegangan tanah dimana bangunan kediaman akan atau siap dibina sepenuhnya.
Biasanya taraf tanah ada tiga -
pegangan bebas (untuk selama-lamanya),
pajakan (biasanya 99 tahun) atau
rizab Melayu yang hanya boleh dipindah milik kepada orang Melayu sahaja.
Rumah yang dibina atas tanah pegangan bebas mempunyai nilai yang lebih tinggi dipasaran  kerana hartanah itu boleh dijual pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja
Bagi rumah rizab Melayu, ia khas untuk Bumiputera Melayu dan pembeli asal hanya boleh menjual kepada Bumiputera Melayu juga..

Pembeli perlu mengetahui secara amnya terma dan kandungan dalam Surat Perjanjian Jual Beli. 
Perjanjian jual beli bangunan kediaman dalam pembinaan perlu mengikut :
format jadual G (tanah dan bangunan - rumah teres, berkembar dan banglo) dan
jadual H (bangunan yang bermaksud pecah bahagi - kondominium, pangsapuri dan townhouse)
Bakal pembeli digalakkan untuk melihat contoh salinan perjanjian jual beli rakan atau ahli keluarga bagi mempersiapkan diri jika terdapat sebarang masalah atau mengelak dari ditipu.

Jika pembeli mempunyai serba sedikit pengetahuan asas pembelian sesebuah rumah, masalah berkaitan dengan perumahan dapat dihindari dan nasib anda sebagai pembeli akan lebih terjamin.

No comments:

Post a Comment